Mission Foods, jenama pengeluar makanan berasaskan flatbread memperkenalkan doh pizza segera terbaharu di Malaysia. Ianya kerak atau doh pizza yang telah siap yang membolehkan anda menyediakan topping pizza anda sendiri.
Lapisan doh pizza yang nipis dan ranggup ini didatangi dengan dua pilihan iaitu Plain dan Wholemeal. Ianya menjadi bahan asas terbaik untuk menyempurnakan menu pizza tidak kira diinspirasikan dari masakan barat atau Asia.
Setiap bungkusan mempunyai doh bersaiz 10” dengan kualiti dan rasa yang cukup sempurna untuk dibakar.
Doh pizza Mission sesuai boleh menjadi pelbagai topping pizza mengikut selera, bahan istimewa bersama sos atau tidak. Selain itu ia juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk membuat pencuci mulut atau apa sahaja yang kreatif dari air tangan anda.
Selain itu, antara produk lain dari Mission Foods ialah Mission Wraps, Tortilla Chips, Pita, Naan dan kini Pizza Crusts. Dapatkan kesemua produk Mission Foods dipasaraya terdekat anda seluruh negara.