Cinta & Perhubungan, Muzik

Gadis Usia 25 Tahun Pasti Terkesan Dengan Lirik Lagu Ini…

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Gadis Usia 25 Tahun Pasti Terkesan Dengan Lirik Lagu Ini…

“Bila kau dah masuk 25…masa akan berlalu dengan sekejap, hayati lah..”

Penulis tertarik dengan single terbaharu dari penyanyi IU berjudul Palette featuring G-Dragon yang juga nama untuk album terbaharunya. Ia sebuah lagu rentak berunsurkan melodi pop indie. Pallete sama juga dengan lagu IU yang sebelum ini boleh dikatakan mempunyai sifat sentimental tersendiri. Maksud Palette itu tersendiri sebuah campuran daripada pelbagai warna atau gambar, bila digabungkan ia menggambarkan sebuah kehidupan. Dari lunak suara manisnya, IU memainkan lagu Palette dari kisah hidupnya yang kini sudah menjejak umur ke tahun 25. 

Pembaca Wanista sendiri pasti sekarang ramai yang bakal, sedang atau sudah melepasi angka 25 tahun. 

Foto – Youtube

Apa yang ada ketika umur 25 tahun? 

Ia sebuah perjalanan hidup diantara menjadi seorang untuk memilih kehidupan atas keputusan sendiri atau mengikut telunjuk yang lain. ‘Pilihan’ merupakan antara menjadi subjek untuk anda mencorak siapa diri anda sebenar dan mencari identiti anda sendiri. Namun ramai yang bermain selamat dengan meniru orang lain dan lebih mendengar cakap-cakap orang.

Ini lah masanya untuk mencari bayang anda…

Rather than Hot Pink
I like dark purple 

Jika orang lain sering mengikut trend tidak salah untuk anda menetapkan gaya dan trend anda sendiri. Kita gemar mengikut rentak orang lain yang adakalanya tidak kena dengan pembawakan diri. 

I like it. I’m twenty five
I know that you like me

Sayangi diri anda lebih daripada diri anda sendiri. Ketika hidup penuh dengan konflik dan drama ketahuilah masih ada yang menyayangi diri anda dan mengambil berat tentang diri anda.

I like it. I’m twenty five
I know that you hate me

Namun sentiasa beringat, tidak semua orang diatas dunia ini akan menyukai anda. Jangan peduli, tempias sahaja mereka dengan senyuman. 

When you’re neither a child nor an adult
When you’re just ‘you’
That’s when you shine the most

Laluilah kehidupan ini tanpa mengira angka diri anda. Jadilah diri anda sendiri kerana itulah waktu yang paling puncak dalam mengatur langkah ke alam yang lebih dewasa. Pastikan anda sentiasa menyerlah dengan cara anda sendiri. Jangan sesekali menyesali perkara yang lepas, jadikan ia sebuah karya untuk menjejaki suatu yang lebih baik.

I got this. I’ve truly found
I think I know myself a little now

Jangan pernah lelah dan menyakiti hati lain sementara mencari diri anda. Biar ia datang sedikit demi sedikit daripada secara paksaan sehingga menganggu subjek lain. 

Foto – Youtube

Mungkin IU menulis lagu ini berdasarkan hidupnya, tapi siapa sahaja yang pernah melalui zaman 25 tahun juga pasti terkesan dan memahami apa yang beliau cuba sampaikan. 

Dengarkan Palette…

RUJUKAN 1 & 2

Leave a Reply
Your email address will not be published. *