Setiap wanita idamkan wajah yang awet muda, walaupun sudah mencecah angka 30an dan 40an tetapi masih kelihatan seperti anak dara.
Bahkan, kita juga pernah mendengar kenyataan “orang Asia langsung tidak dimamah usia”. Selain daripada gen yang baik, didedahkan bahawa terdapat satu lagi faktor yang menentukan mengapa wanita Asia kelihatan lebih muda berbanding di Barat.
Ternyata ramai yang terkejut apabila wanita Korea mendedahkan usia sebenar mereka, selain daripada penjagaan kulit dan regimen anti-penuaan secara menyeluruh. Kebanyakkan wanita Korea ditanya mengapa mereka merasakan orang Asia dilihat lebih muda daripada orang Barat.
Laporan Koreaboo, menunjukkan, satu faktor disebabkan oleh perbezaan solekan yang digunakan oleh wanita Korea berbanding wanita Barat.
Korea cenderung untuk menggunakan teknik ‘no makeup look’ untuk memberikan wajah yang lebih muda dan segar, sebahagian besar daripada mereka bergantung sepenuhnya pada krim BB dan lip tint.
Manakala wanita Barat lebih suka rupa yang dramatik menggunakan teknik ‘baking’ dan ‘contouring’. Kebanyakan mereka meletakkan beberapa lapisan solekan yang hanya membuatkan wajah kelihatan lebih tua daripada usia asal bahkan ‘cakey’ pada kulit.
Anda pula lebih menggemari teknik mekap wanita Korea atau Barat?