RUBINA MUGHAL mempunyai matlamatnya tersendiri, dimana Rubina Mughal ingin menjadi inspirasi kepada setiap wanita diluar sana untuk percaya dan yakin pada diri sendiri tanpa prejudis. Setiap wanita perlu menjadi diri sendiri tanpa perlu mencuba untuk menjadi orang lain. Rubina Mughal ingin meraikan keunggulan setiap wanita untuk bangga diri sendiri dan bakal memberi inspirasi kepada wanita untuk sentiasa yakin untuk menjadi diri sendiri.
Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, Rubina Mughal telah mereka khas koleksi gaun, baju kurung dan skaf dengan 9 rekaan dan warna pilihan dinamakan koleksi Just Be You. Koleksi ini sesuai untuk setiap wanita dan mempunyai pelbagai peringkat saiz dan setiap pembelian akan diberikan skarf satin eksklusif secara percuma. Just Be You mempunyai maksud tersendiri iaitu ingin membuang pelbagai tanggapan negatif masyarakat terhadap wanita, disamping meningkatkan keyakinan wanita bahawa penampilan adalah tidak penting untuk menjadi lebih baik.
RUBINA MUGHAL telah memilih tagline ‘I Believe’ untuk jenamanya dimana ia bertujuan untuk menggalakkan para wanita menyebarkan perkara positif antara satu sama lain. Ini membolehkan Rubina Mughal dan wanita diluar sana untuk berinteraksi dan berkongsi kata-kata semangat dengan menggunakan hashtag #ibelievebyRM di laman media sosial.
Harga bagi setiap koleksi Just Be You bermula dari RM249 sehingga RM449. Dapatkan di www.rubinamughal.com atau Facebook Rubina Mughal.