Acara, Kecantikan

Rahsia Rambut Menawan Dengan Formulasi Khas Elgon Imagea

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Rahsia Rambut Menawan Dengan Formulasi Khas Elgon Imagea

Tidak kisahlah sama ada lelaki atau wanita, rata-rata kita amat mementingkan penjagaan rambut kerana rambut adalah ciri pengenalan diri yang amat berkait rapat dengan personaliti peribadi seseorang. Sebagai contoh, jika wanita itu memiliki rambut yang panjang dan gemar mewarnakannya sudah tentu dia adalah individu yang berciri feminin dan gemar mengekspresikan emosi menerusi warna pilihan yang digunakan ke atas rambut.

Menurut kajian rambang, di Malaysia sendiri terdapat golongan yang sangut berhabis ratusan hingga ribuan ringgit untuk membuat rawatan mencantikan rambut serta menggunakan kosmetik rambut yang mewah agar kesihatannya kekal terpelihara.

Bagi sesetengah orang, rambut tidaklah sepenting penjagaan wajah namun hakikatnya, rambut adalah mahkota yang harus diberi perhatian sama banyak dengan wajah kerana ia adalah sebahagian identiti diri.

Tanpa rambut yang cantik dan sihat, sudah tentu keyakinan seseorang akan jatuh merundum dek kerana malu berhadapan dengan umum.

BACA  Raut Wajah Lebih Berseri Dengan Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum!

Elgon, peneraju jenama penjagaan rambut dari Eropah ini peka dengan kehendak pengguna semasa dengan menawarkan seleksi produk terbaik yang dirumus khas menggunakan ramuan berkesan bagi memulih kerosakan serta mengekalkan kecantikan rambut yang dirawat dari akar umbi dan kulit kepala.

Menjadi penyelamat di lebih 90 buah negara daripada kerosakan rambut, baru-baru ini Elgon berbesar hati menganjurkan sebuah majlis pertunjukan fesyen rambut Elgon Elegance Collection – Milan Edition yang berlandaskan ilham dari tiga tema stail iaitu Urban Chic, Modern Punk dan Nature.

Antara Gaya Rambut Yang Ditonjolkan Pada Malam Pertunjukan Elgon Elegance Collection – Milan Edition Malaysia 

Pertunjukan rambut seumpamanya telah dilakukan di Milan terlebih dahulu sebelum dibawakan ke Malayisa baru-baru ini.

Warna, tekstur dan gaya potongan yang diketengahkan untuk  Elgon Elegance Collection – Milan Edition adalah bersifat tersendiri dan sungguh mengagumkan.

Tonton Disebalik Tabir Persiapan Untuk Elgon Elegance Collection – Milan Edition Malaysia 

Sekaligus, Elgon turut berkesempatan untuk memperkenalkan rangkaian produk terbaharu mereka iaitu Elgon Green (Imagea) yang berasaskan bahan semula jadi yang baik untuk pertumbuhan dan kesihatan abadi mahkota manusia.

Sumber: Elgon

Jika berminat, produk serta servis tata rias profesional Elgon boleh didapati di beberapa salon terkemuka seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut mengenai Elgon Imagea, sila klik [www.elgoncosmetic.com/elgongreen]

Rangkaian Elgon Imagea disertai Essential Shampoo, Essential Hair Balm, Absolute Shampoo, Absolute Mask, Phytoelisir, Tissue Face Mask dan pewarna rambut Imagea Haircolor yang ditawarkan dalam 27 rona menarik bertekstur gel.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *