Hiburan

Pakai Gaun Mampu Milik, Aktres Ini Tarik Perhatian Netizen

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Pakai Gaun Mampu Milik, Aktres Ini Tarik Perhatian Netizen

Seperti biasa dah nama pun karpet merah, pasti setiap selebriti yang hadir ingin melaram mengenakan busana dari pereka fesyen tersohor dengan angka setiap satunya mencecah puluhan dan ratusan ribu. Tetapi tidak bagi aktres cantik ini yang lebih senang mengenakan gaun mampu milik.

IKLAN

Kim Yoo Jung menarik perhatian netizen ketika tiba di karpet merah 53rd Baeksang Arts Awards dengan serba manis mengenakan gaun serba ringkas rona krim dari label fesyen jalanan H&M. Dilaporkan gaun itu hanya sekitar 290,000 won (kira-kira $256/RM1105).

Foto – Netizen Buzz

Memandangkan pelakon itu masih remaja, jadi pilihannya bukan sahaja bersesuaian dengan usianya malah kelihatan sempurna ditambah lagi dengan solekan ringkas ‘no makeup look’ menjadikan pelakon ini kelihatan ayu sekali.

Bahkan tata rias Kim Yoo Jung, Lee Da Yeon menjelaskan,

“Kami memilih gaun yang bersesuaian dengan umurnya, bukannya kepada jenama mewah. Kami cuba memberi tumpuan kepada imej beliau yang masih remaja dan menerapkan elemen comel dan feminin ke dalamnya.

Foto – Netizen Buzz

Jadi, siapa kata anda perlu berbelanja besar untuk nampak cantik. Jadikan Kim Yoo Jung sebagai contoh.

SUMBER

IKLAN