Penyanyi, Sufian Suhaimi, mendapat kejutan manis sempena hari lahirnya yang ke-25 semalam, apabila diajak menaiki helikopter oleh pelakon yang hangat digosipkan dengannya ketika ini, Elfira Loy.
Bermula dengan sarapan pagi menikmati nasi lemak di sebuah lokasi di ibu kota, akhirnya Elfira ‘memperdayakan’ penyanyi Terakhir itu menaiki helikopter dengannya kira-kira 20 minit. Kemudian Elfira mengajak Sufian menemaninya ke The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan, kononnya beliau mempunyai sesi fotografi Hari Raya di sana.
https://www.instagram.com/p/BToHLJxDou_/?taken-by=elfiraloy&hl=en
Sesi fotografi terbabit sebenarnya ialah acara sambutan hari lahir kejutan buat Sufian yang dihadiri insan rapat dengan penyanyi muda berkenaan.
Lapor Harian Metro, Sufian, 25, berkata, dia terharu apabila mereka turut berkumpul meraikannya di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.
“Pada mulanya dia mengajak saya untuk bersarapan bersama, tetapi tiba-tiba dia beritahu saya yang kami akan menaiki helikopter untuk melihat pemandangan Kuala Lumpur,” tambahnya.
https://www.instagram.com/p/BTnjyYkBSCo/?taken-by=sufiansuhaimi_&hl=en
Apabila diminta mengulas tentang hubungannya dengan Elfira, Sufian cuma menjelaskan bahawa buat masa ini mereka hanya selesa berkawan rapat.
Sebelum ini pelakon dan penyanyi yang kian meningkat popularitinya ini pernah digosipkan bercinta namun kedua-duanya menafikannya.