Sebut sahaja vitamin, pasti anda membayangkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkhasiat. Vitamin dan kecantikan tidak dapat dipisahkan lagi, ia seiring juga dengan kegunaan vitamin dalam produk kecantikan yang semakin dijual luas dipasaran. Ada juga rawatan kecantikan seperti suntikan vitamin C yang khas untuk mencerahkan kulit secara cepat dan supplemen sebagai makanan tambahan untuk pengambilan harian.
Vitamin amat penting untuk tubuh badan seorang manusia, kerana ia dapat memberi penampilan yang sihat. Bayangkan dengan pemakanan yang kaya dengan vitamin, pasti kulit dan wajah anda kekal berseri tanpa anda masalah jerawat dan sebagainya.
Jika pada yang kurang fasih mengenai manfaat vitamin pada kegunaan kecantikan, boleh rujuk pada senarai Wanista sediakan. Supaya selepas ini anda tidak ragu-ragu dan tahu cara terbaik untuk menjaga kecantikan diri!
Vitamin A
Ingin kulit kekal lembut, lembab dan tidak kering? Banyakkan memakan sayuran dari lobak merah, ubi keledek, labu, hati dan ikan. Sumber makanan ini mempunyai Vitamin A yang berfungsi memperbaiki tisu kulit yang rosak, mengawal masalah jerawat dan mengurangkan garis-garis halus kedutan.
Vitamin B Complex
Telur, nasi, pisang dan oat rupanya mengandungi Vitamin B Complex khas untuk mengeluarkan sel kuku, kulit dan rambut yang sihat. Masalah rambut gugur dan ekzema akibat kekurangan Vitamin B Complex dalam diet harian. Krim atau minyak yang diperbuat dari Vitamin B Complex boleh menghidrasi dan menghasilkan kulit yang cantik. Jika anda mempunyai tona kulit tidak sekata dan radang kulit, pengambilan makanan dari sumber Vitamin B Complex boleh membantu.
Vitamin C
Vitamin C boleh dikatakan vitamin paling popular diantara semua vitamin. Jika buah-buahan sitrus seperti oren dan limau sering dikaitkan dengan Vitamin C, brokoli, lada benggala dan sayur berdaun juga sebenarnya mempunyai Vitamin C. Kulit yang anjal tanpa kedutan ialah dari kolagen kulit yang aktif. Anda ingin kulit tanpa sebarang masalah penenuaan dan cerah, Vitamin C antara yang terbaik!
Vitamin E
Parut jerawat dan kulit kasar boleh diatasi dengan pengambilan Vitamin E. Jika anda inginkan kulit yang lembut dan halus cuba banyakkan makan kekacang, buah zaitun dan bayam dimana ia tinggi dalam Vitamin E. Bukan kulit sahaja yang kekal cantik sihat, malah rambut anda juga akan kuat dan berkilau cantik! Jika anda punya parut jerawat degil, cuba sapukan minyak Vitamin E untuk memudarkannya.
Vitamin K
Siapa yang memang selalu ambil juadah sayur-sayuran hijau memang tidak mempunyai lingkaran gelap bawah mata dan lembab pada kulit cepat pulih. Vitamin K solusi terbaik untuk menyembuhkan tanda-tanda lembab dan kusam pada kulit dan juga membantu memudarkan kedutan. Cara terbaik untuk cantik dengan Vitamin K pilih krim kecantikan yang berasaskan dari vitamin K atau ambil diet sayur-sayuran lebih dalam harian anda.