Acara, Makanan

Kejutan Mengenyangkan! Jom Bawa Ibu Pergi Makan Di Botanica + Co. 14 Mei Ini

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kejutan Mengenyangkan! Jom Bawa Ibu Pergi Makan Di Botanica + Co. 14 Mei Ini

Apa kata bersempena Hari Ibu yang tidak lama lagi, rancang kejutan terindah buat mereka dengan membawa mereka untuk menikmati hidangan chef yang enak sambil berlatarkan suasana restoran ala dalam taman di Botanica + Co, Bangsar South.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Terdapat pelbagai hidangan buffet mewah yang ditawarkan termasuklah stesen makanan laut serta bar yang menawarkan seleksi keju dan tomato buat pasangan anak dan ibu yang gemar mengamalkan pemakanan sihat untuk kesejahteraan hidup lebih harmoni.

Foto -Arkib Wanista
Ketua Tukang Masak Botanica + Co., Chef Sam Neoh memberi sentuhan akhir pada hidangan pizza. Foto -Arkib Wanista

Turut serta menyediakan hidangan lazat berkonsep ala Jepun adalah Chef Koichiro di samping Chef Sam Neoh yang merupakan Ketua Tukang Masak di Botanica + Co. 

Foto -Arkib Wanista

Sesi buffet hidangan brunch Hari Ibu yang berlokasi di Botanica + Co. akan berlangsung pada hari Ahad, 14 Mei ini dari jam 11.30am hingga 4.00pm.

Minuman smoothies yang lazat lagi sihat. Foto -Arkib Wanista

Terbuka kepada semua pelanggan dan tetamu yang datang pada hari dan waktu yang ditetapkan secara walk-in, setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak RM130 dan harga istimewa RM118 untuk para ibu.

Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.botanica.com.my] atau hubungi talian +6016 965 6422.

BACA  Alasan Sebenar Kenapa Buah Oren Dijual Dalam Beg Jaring Merah
Leave a Reply
Your email address will not be published. *