Acara

#beaXsuperwoman Beri Anugerah Pada Enam Wanita Berjasa Di Malaysia

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
#beaXsuperwoman Beri Anugerah Pada Enam Wanita Berjasa Di Malaysia

Bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-6 Khamis lepas, syarikat pengurusan acara dan perhubungan awam terkemuka tempatan, Xavier Mah Consultancy bangkit mengetengahkan sebuah projek yang anjurannya iaitu #beaXsuperwoman demi memperkasa jasa dan kejayaan enam wanita terpilih ini agar cerita mereka dapat memberi inspirasi kepada semua.

IKLAN

Keenam-enam mereka ini mempunyai latar belakang dalam berlainan bidnag dan masing-masing pernah menempuh parit getir yang mencabar sebelum boleh berada di menara kejayaan.

Namun begitu, setiap seoranng daripada mereka mempunyai tujuan murni untuk menanam sikap positif dalam kalangan masyarakat.

Tonton Video Pengenalan #beaXsuperwoman

Disampaikan oleh YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, wanita bertuah yang terpilih untuk mendapat anugerah penghormatan ini adalah termasuk Mary Shanthi Dairiam, Datuk M. Rajamani, Dato’ Faridah Merican, Ivy Josiah, Low Ngai Yuen dan Siti Noor Radiah Ismail.

Xavier Mah di samping ibunya

Xavier Mah, Pengasas Xavier Mah Consultancy berkata, “Antara salah satu sebab mengapa saya mahu memberi penghargaan kepada wanita-wanita hebat ini adalah kerana saya mahu mengenang kembali pergorbanan besar yang sentiasa dilakukan oleh wanita. Mereka bukan sahaja kuat malah tidak gentar menempuh pelbagai dugaan biarpun perlu bersusah payah. Seperti ibu saya yang harus membesarkan saya seorang diri tanpa suami, dia banyak berpenat-lelah demi membesarkan saya dan dua lagi adik-beradik lain. Tiada cara lain yang dapat saya lakukan demi membalas jasanya dan keberadaan saya di sini hari ini adalah kerana usaha dan pengorbanannya seorang wanita yang bergelar ibu.

IKLAN

Video Kempen koleksi kasut XALF’s Superwomen

“Sama seperti acara sambutan dan hari penganugerahan #beaXsuperwoman ini, ia sangat dekat dengan hati saya kerana ini satu-satunya jalan untuk saya berterima kasih kepada ibu saya serta enam wanita lain yang banyak memberi inspirasi kepada masyakat dan seluruh warga negara.

Tidak ketinggalan, Xavier turut memperkenalkan koleksi terbaharu dari jenama kasut wanita rekaannya, XALF yang diinspirasi dari kuasa wanita #beaXsuperwoman, kesemuanya sesuai untuk wanita yang berani berfesyen.

Koleksi XALF’s Superwomen ini terdiri dari lapan pilihan tumit tinggi berplatform yang disisip dengan rona menonjol seperti kuning, merah, hitam, jingga, cetakan kulit binatang dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.xalfdesign.com]