Kim Jong Kook tak suka pada wanita tinggi? Kenapa?
Siaran Running Man pada 30 April lalu, Kim Jong Kook berkongsi jenis ideal wanita idamannya dan menyatakan bahawa dia tidak suka wanita yang tinggi. Kim Jong Kook menyatakan demikian selepas tetamu Sistar Hyorin mengulas akan ketinggiannya yang pendek.
“Lelaki tidak suka wanita yang tinggi. Secara peribadi, saya tidak melihat wanita yang tinggi sebagai ‘wanita’, saya lebih sukakan seseorang dengan ketinggian yang sederhana,” jelas Jong Kook yang mempunyai ketinggian 176 cm itu.
Walaubagaimanapun, ternyata netizen memandang serius akan kenyataan tersebut dan merasakan komen Kim Jong Kook adalah seksis dan diskriminasi.
Walau ada yang mengkritik, terdapat juga beberapa netizen yang mempertahankan Kim Jong Kook dengan menyatakan;
“He can’t express his own opinions now?”
“He just said that tall women aren’t his ideal type. Is that something to get angry about?”
“Well…what a shame that is.”
“It must be tough putting up with something trivial like this…”
Ini pandangan peribadi Kim Jong Kook, kenapa perlu dijadikan isu? Pelik sungguh!