Menurut dari sumber BH Ahad, kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah dengan berpendapatan lebih dari RM34,000 setahun wajib menjelaskan cukai pendapatan mereka.
Bintang cilik rancangan realiti Lara Oh Lara, Lara Alana yang baru sahaja berusia 3 tahun dimaklumkan oleh ibunya Scha Alyahya perlu membayar cukai pendapatannya sendiri berikutan anaknya itu juga sudah mampu menjana pendapatan sendiri.
Malah Scha dan suami, Awal Ashaari sudah melantik seorang ejen bagi menguruskan hal-hal berkaitan pembayaran cukai Lara.
Lara yang mempunyai 3 juta pengikut di laman Instagram kerap diangkat menjadi duta pelbagai jenama produk antarabangsa. Dia juga setanding dengan Puteri Balqis dan Mia Sara, selebriti kanak-kanak yang turut membayar cukai pendapatan.