Amee Philips, salah satu jenama barang kemas mewah popular di Malaysia kini tampil dengan koleksi terbaharu yang diinspirasi dari sejenis spesis bunga genit digelar “Forget Me Not”.
Tidak pernah gagal menggunakan kebijaksanaannya untuk menghasilkan rekaan aksesori unik dengan memanfaatkan penggunaan batu permata berona, Amee Philips tegar mencipta barang kemas yang boleh memberi kemegahan buat si pemakai. “Saya mahu menghasilkan barang kemas yang akan terlihat ‘hidup’ apabila dipakai,” kata Amee.
Slide untuk lihat lebih banyak foto dari koleksi Amee Philips, Forget Me Not
https://www.instagram.com/p/BTYG1n7DMqJ/?taken-by=wanistadotcom
Wanita yang berasal dari Pulau Pinang ini pernah berpindah ke Eropah suatu ketika dahulu semata-mata untuk menambah ilmu kepakaran tentang batu permata di Idar-Oberstein iaitu sebuah pekan kecil di German yang turut dikenali sebagai ‘Kota Batu Permata’. Di sinilah tempat berlakunya banyak pemerdagangan batu permata yang diimport dari Amerika Selatan dan Afrika.
Dari sinilah bermulanya perasaan cinta Amee terhadap batu permata semakin berkobar malahan sedikit sebanyak beliau dapat juga memahami selok-belok perniagaan batu permata seterusnya belajar cara mengukur kualiti serta nilai batu permata yang sebenar.
Oleh itu di Amee Philips, hanya batu permata yang unggul akan diguna pakai bagi menghasilkan aksesori barang kemas yang bukan sahaja cantik dari segi warna, jenis dan potongannya namun turut disisip dengan nilai estetika tersendiri yang membuatkannya lebih unik untuk para wanita yang mementingkan kelas.
Seperti koleksi Forget Me Not ini, kehalusan rekaan dapat dilihat menerusi perincian bunga Forget Me Not yang memiliki lima kelopak yang sarat dipenuhi batu permata versatile. Amat sesuai digayakan untuk gaya kasual harian mahupun untuk ke acara glamor di malam hari, koleksi Forget Me Not oleh Amee Philips ternyata merupakan sesuatu yang diidam-idam oleh semua wanita hari ini.
Semuanya diperbuat dari emas putih dan emas rose gold 18 karat, setiap satu perhiasan dalam koleksi versatile Forget Me Not ditawarkan pada harga antara RM3000 hingga RM200,000 setiap satu.
Tonton video temu ramah bersama Amee Philips
Untuk keterangan lanjut, sila layari [ameephilips.com] atau kunjungi butik barang kemas Amee Philips di:-
Amee Philips Kuala Lumpur
Alamat: Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur Cinty Centre, 50088 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-2161 1833/ 012-4294251
Amee Philips Pulau Pinang
Alamat: 109, Kelawei Road, George Town, Pulau Pinang.
No. Telefon: 04-2295755