Sudah lumrah setiap wanita inginkan wajah yang cantik dan bersih. Tipulah jika anda langsung tidak memikirkan tentang kecantikan diri, sekadar jerawat kecil di bawah bibir pun anda sudah panik apatah lagi kalau kulit wajah yang ada cacat cela, perang dunia ketiga jadinya.
Seperti Catherine Zeta-Jones yang sanggup berhabis duit untuk membeli produk kecantikan bagi menjaga wajahnya agar sentiasa kelihatan awet muda.
Dilaporkan, Catherine memastikan dia hanya menggunakan produk terbaik dan sanggup membelanjakan AS$2,600 atau kira-kira RM11,000 untuk kecantikan wajahnya.
“Produk penjagaan wajah dan badan saya memang merupakan aspek yang penting dalam kehidupan saya. Saya akan memilih produk yang terbaik tetapi saya tidaklah menggunakan kesemuanya pada waktu yang sama,” jelasnya di Instagram.
Malah pelakon berusia 47 tahun itu turut menyediakan ruang khas di biliknya semata-mata untuk menyimpan kesemua produk kecantikan yang dibeli.