Memang agak sukar sebenarnya hendak memberhentikan tangisan bayi. Kadang-kala tanpa sebab yang munasabah pun mereka akan meragam tidak tentu pasal membuatkan si ibu mula pening dan naik marah.
Pelbagai cara dah dicuba.
Meskipun sudah diberi susu dan ditukar lampinya, masih bayi tersebut meragam. Kembung perut ke? Tak mungkin bayi akan kembung perut setiap masa kan?
Daniel Eisenman, seorang bapa moden ini ada cara paling mudah bagaimana untuk mengendalikan masalah bayinya yang kuat meragam.
Tempoh hari, di merakam video Facebook live yang memaparkan dirinya melakukan satu bunyian unik, berkesan membuatkan bayinya yang meragam terus menjadi tenang serta-merta!
Tidak sampai dua saat selepas Daniel mengucapkan bunyi ‘Om’ yang panjang dan berterusan, Divina terus berhenti berteriak. Bukan itu sahaja, dia juga nampaknya telah lena seperti tiada apa yang berlaku.
Untuk pengetahuan semua ‘Om’ adalah bunyi yang selalu diselitkan dalam nyanyian masayarakat Tibet dipercayai dapat menenangkan diri serta rohani.
Ramai yang kagum dengan cara Daniel menenangkan bayinya. Bunyi-bunyian mantap sebegitu sebenarnya mengeluarkan getaran yang dapat mengubah ‘pergerakan tenaga’ sekaligus menenangkan si bayi danjuga bapanya yang membuat suara tersebut.
Seorang wanita, Candace Gardia meninggalkan komen di Facebook Daniel berkata,”Ini kerana bunyian tersebut seolah meniru bunyi dalam rahim di mana bayi akan berasa tenang kerana dia sudah terbiasa dengan bunyi sebegitu sewaktu di dalam perut si ibu dahulu. Bunyi tersebut kuat dan stabil dan sebab itulah ia berjaya menenagkan bayi. Tahniah, ayah.”
Walau bagaimanapun, Daniel tidak berapa percaya akan kebenaran bahawa bunyian ‘om’ tersebut dapat menenangkan bayinyabuat kali yang kedua. Sekali lagi dia merakam perbuatan yang sama, menenangkan Divina yang sakan meragam dengan bunyian ‘om’. Ternyata ia masih berkesan.
Jadi, mungkin ada ibu bapa di luar sana yang sukar menenangkan bayi meragam boleh cuba cara ini. Oommmmmmmmmmmm…….. Cuba okay?