Drama 7 Hari Mencintaiku lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha arahan Datuk Ziela Jalil telah berjaya menambat semua penggemar drama Melayu. Namun, penulis asal drama adaptasi novel tersebut, Siti Rosmizah Semail telah menfailkan saman terhadap pengarah Ziela Jalil atas dakwaan mengaibkan dan menjatuhkan reputasinya.
Siti Rosmizah mendakwa Zeila Jalil yang juga penerbit Pena Creative Pictures Sdn. Bhd. telah menggunakan aplikasi Instagram dengan menulis tiga kenyataan yang memfitnah dirinya antara 9 Februari dan 10 April lalu. Bukan itu sahaja, terdapat juga kenyataan memfitnah diterbitkan dalam sisipan Pancaindera, akhbar Mingguan Malaysia, pada 16 April yang secara tersurat atau tersirat antara lain memberi maksud, dia seorang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, tidak jujur, pentingkan diri sendiri dan suka mengarah.
Bagi ingin membersihkan semula nama baiknya Siti Rosmizah Semail mengambil keputusan menyaman penerbit drama, Datuk Ziela Jalil bagi menuntut ganti rugi RM10 juta. Dia juga menuntut injuksi bagi menghalang Datuk Ziela Jalil daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya daripada sebarang medium, selain ganti rugi khas, am, teladan, faedah dan kos.