Berita & Isu Semasa

Berakhir Sudah Penderitaan Adik Thaqif

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Berakhir Sudah Penderitaan Adik Thaqif

Jenazah pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, yang meninggal dunia petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur di sini tengah malam tadi.

IKLAN
Sumber: nst.com.my

Terdahulu, van yang membawa jenazah tiba di rumah datuknya di felda berkenaan pukul 11.40 malam sejurus selesai proses bedah siasat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Sebaik disembahyangkan di rumah berkenaan, jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan itu dan selamat dikebumikan kira-kira jam 12.20 malam.

Kira-kira 30 pelajar pusat madrasah tahfiz berkenaan yang hadir turut mengadakan majlis tahlil dan bacaan yassin di kediaman keluarga Allahyarham.

Mohamad Thaqif Amin menghembus nafas terakhir pada pukul 2.05 petang semalam ketika dirawat di Wad Dependensi Tinggi (HWD), HSI.

Akhbar sebelum ini melaporkan kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif Amin yang bertukar lebam kehitaman terpaksa dipotong hingga paras betis setelah dijangkiti kuman dan darah beku.

Sumber: ismaweb.net

Ibu pelajar terbabit, Felda Wani Ahmad, 40, mendakwa anak ketiga daripada lima beradik itu beberapa kali dipukul dengan paip getah oleh seorang pembantu warden pusat madrasah tahfiz berkenaan.

IKLAN

Susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di Balai Polis Ulu Tiram pada 18 April lalu, polis menahan lelaki berusia 29 tahun itu di Kota Tinggi Sabtu lalu bagi membantu siasatan.

Mohamad Thaqif meninggal dunia sebelum sempat menjalani pembedahan untuk memotong tangan pelajar tersebut yang dijadual hari ini tidak dapat dijalankan berikutan keadaan jantungnya yang tidak stabil.

SUMBER 1 & 2