nan kkumeul kkune~~
Ada tak diantara pembaca Wanista yang menonton siri drama Strong Woman Dong Bong Soon?
Episod pertama drama tersebut berjaya menambat hati penulis dengan pelbagai aksi menarik dan lucu yang jarang kita tonton. Tidak cukup dengan itu pilihan barisan pelakon yang mantap juga memainkan peranan utama menjadikan jalan cerita SWDBS lebih kuat!
Ehem…siapakah pelakon yang paling menarik jiwa raga penulis?
Park Hyung Sik-nim!
Tak tahu nak mula dari wajah kacak atau comel Hyung-sik, didalam drama ini dia berjaya mengolah watak Ahn Min-Hyuk secara serius kemudian kelakar dan romantis seperti nampak mudah untuk melakukannya.
Secara jujurnya, penulis tidak berapa menyukai Park Hyung-sik pada awal kemunculannya sebagai ahli kumpulan idol K-pop ZE:A. Mungkin dari lagak gayanya seperti mahu sentiasa mencuri perhatian dan bagi penulis wajahnya terlalu comel/jambu untuk menjadi sebahagian dari kumpulan penyanyi lelaki.
Ingat lagi tak drama meletup The Heirs gandingan Lee Min Ho dan Park Shin Hye?
Iya, Hyung-sik juga terlibat sama memegang watak Jo Myeong-su iaitu seorang chabeol yang kelakar dan sedikit lembut (dari pandangan penulis). Serius, penulis memang cukup annoyed dengan lakonan Hyung-sik walaupun kita tahu dia sememangnya mempunyai bakat lakonan secara semulajadi.
Rasanya penulis harus mohon kemaafan dari Hyung-sik selepas menonton SWDBS, sebab dia berjaya menyerlah sisi maskulin dan romantis dalam drama ini. Buat penulis jadi tergilakan kepadanya selepas Lee Min Ho! Penulis yakin Park Hyung-sik bakal menjadi rebutan pengarah untuk watak hero utama selepas drama SWDBS.
Kerana…
Hanya dia sahaja yang mampu mengayakan baju turtle neck dengan bergaya sekali…
Tak perlu skrip panjang, hanya dari renungan ini kita tahu apa ingin disampaikan…
Babak ini? No comment 😛
Bijak memilih stail rambut mengikut mood cerita…
Tak perlu berlebih untuk beraksi comel sebab dia sememangnya seorang yang outgoing!
Menyanyi dalam OST Drama? Kerja mudah bagi Hyung-sik…
https://www.youtube.com/watch?v=tvSHxMHl6Fs
Di atas hanya penjelasan fiksyen penulis, jika anda mengikut drama SWDS mungkin anda juga bersetuju Park Hyung-sik wajar diberi tempat dikalangan watak hero dalam K-Drama. Dia berjaya membawa watak Ahn Min-hyuk sehingga terkesan dihati penonton yang ingin menjadi watak tersebut sebagai boyfriend material!
Tahniah Park Hyung-sik!