Fesyen, Ramadan & Aidilfitri

Jovian Mandagie Sedia Pelbagai Gaya Fesyen Untuk Lebaran Raya 2017

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Jovian Mandagie Sedia Pelbagai Gaya Fesyen Untuk Lebaran Raya 2017

Saat yang paling ditunggu-tunggu untuk peminat fesyen ialah perayaan hari raya yang akan datang. Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat beberapa pilihan pakaian yang tersedia dari rangkaian koleksi pakaian raya dari Jovian Mandagie iaitu JBasic Raya 2017, JLuxe Raya 2017 dan Balik Kampung 2017. Ia menampilkan pelbagai rekaan dan pilihan harga yang mengikut kesesuaian. 

IKLAN

JBasic Raya 2017 khas buat wanita yang mengetengahkan konsep kesederhanaan. Dari potongan sehingga corak fabrik semuanya tidak keterlaluan dan mempunyai 31 rekaan dengan pilihan Modern Basic Baju Kurung, Modern Basic Dress dan Modern Basic Kebaya yang direka untuk semua peringkat umur. Harga koleksi JBasic Raya 2017 bermula dari RM129 hingga RM299.

JBasic. Foto – arkib Wanista.com
JBasic. Foto – arkib Wanista.com
JBasic. Foto – arkib Wanista.com
JBasic. Foto – arkib Wanista.com

Bagi koleksi JLuxe Raya 2017 untuk mereka yang ingin kelihatan anggun dan mewah bersama palet warna terang seperti merah, merah jampu, hijau ungu, hitam, coklat dan hijau. Terdapat 43 koleksi JLuxe dari fabrik heavy crepe, renda, mixed linen dan sulaman manik khas. Koleksi ini bakal berada di butik dan belian atas talian pada 15 Mei dengan harga bermula RM450 hingga RM590.

JLuxe. Foto – arkib Wanista.com
JLuxe. Foto – arkib Wanista.com
JLuxe. Foto – arkib Wanista.com
JLuxe. Foto – arkib Wanista.com

Pada 30 Mei ini juga Jovian Mandagie mengeluarkan signature collectionBalik Kampung 2017‘ yang menampilkan 20 rekaan untuk wanita, 23 untuk lelaki, 6 untuk kanak-kanak perempuan dan 20 untuk kanak-kanak lelaki. Ia direka khas menggunakan fabrik dan corak tradisional seperti batik dengan bercirikan eksklusif. Selain itu koleksi ini sesuai digayakan untuk satu keluarga sempena lebaran ini. Harga secara berasingan, koleksi Jovian Men Kids dari RM149 (kanak-kanak lelaki), RM225 – RM270 (kanak-kanak perempuan), RM229 – RM259 (lelaki dewasa) dan RM400 – RM550 (dewasa wanita). 

Balik Kampung 2017. Foto – arkib Wanista.com
Balik Kampung 2017. Foto – arkib Wanista.com
Balik Kampung 2017. Foto – arkib Wanista.com
Balik Kampung 2017. Foto – arkib Wanista.com

Dapatkannya kesemua koleksi di butik Jstore atau secara talian di www.jovian.com.my/shop