Jenama tempatan Surya memperkenalkan cara lain untuk menikmati minuman yang lebih sihat penggunaan cuka epal dengan menambah kebaikan madu asli.
Penghasilan formulasi ini adalah untuk melakukan perubahan kepada perspektif pengunaan cuka epal dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama mereka yang mementingkan kesihatan dan mahu mengamalkan gaya hidup sihat.
https://www.instagram.com/p/BTDRjAqjBZH/?taken-by=wanistadotcom
Siapa yang tidak tahu, cuka epal sendiri mempunyai pelbagai manfaat, diperbuat daripada epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya boleh melemahkan sistem imunisasi.
“Cuka epal kami berbeza dengan jenama lain yang terdapat di pasaran kerana adanya tambahan madu semula jadi, yang memberikan rasa yang lazat dan menarik. Dengan semua kebaikan konvensional cuka epal, cuka epal Surya dengan tambahan pemanis asli pastinya dapat mengubah cara rakyat Malaysia menjadikannya sebagai minuman turun-temurun selamanya,” ujar Douglas Lee, Pengasas Surya Malaysia.
“Bahan-bahan yang kami gunakan diambil sendiri daripada pembekal yang dipercayai, dengan epal yang didatangkan dari Amerika Syarikat serta madu mentah dari ladang tempatan. Dengan penghasilan sendiri cuka epal daripada jenama Surya, kami mahu menyediakan produk yang sihat, selamat, murah dan berkesan untuk semua rakyat Malaysia,” jelas Lee lagi.
Bukan itu sahaja, sempena bulan Ramadhan yang mendatang, cuka epal ini boleh ditambah ke dalam air atau jus buah-buahan semasa berbuka puasa untuk membantu mendapatkan semula tenaga yang hilang dan manfaat kesihatan berganda.
Cuka epal Surya dengan madu asli bersaiz 450ml boleh didapati di Watson dan farmasi-farmasi tertentu di seluruh Malaysia dengan harga RM21.09 (termasuk GST).