Info Menarik

Butik Mewah Barangan Kemas Tse Sui Luen Kini Dibuka Di Pavilion KL

Izzah Azizah
/

haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.

Butik Mewah Barangan Kemas Tse Sui Luen Kini Dibuka Di Pavilion KL

Jenama barangan dan aksesori kemas terkemuka di Asia, Tse Sui Luen Jewellery (TSL) kini membuka butik mewah di Pavilion KL. Pertama kali juga di Asia, butik baharu jenama ini memilih koridor baru ‘Elite’ yang meletakkan mereka sebaris dengan butik jenama-jenama mewah.

Malam perasmian pembukaan butik TSL diadakan dengan pelbagai acara menarik, termasuklah pertunjukan fesyen yang menampilkan koleksi barangan kemas TSL bersama busana indah ciptaan pereka fesyen tempatan, Beatrice Looi, Nurita Harith dan Justin Yap. 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Majlis diserikan dengan kehadiran aktor hebat Hong Kong, Ruco Chan. Beliau berjaya menghasilkan gaya terbaharu kepada tiga finalis pencarian model TSL dengan menggunakan barang kemas dari TSL.

Aktor Hong Kong, Ruco Chan. Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Butik mewah TSL berkeluasan 200 meter dengan siling ketinggian 4 meter. Rekaan dalaman butik menggunakan material mewah dengan tona tanah yang mewujudkan eleman kasual. Pasti peminat aksesori barang kemas lebih selesa dan berpuas hati ketika membeli-belah. 

Di Malaysia, butik barangan kemas Tse Sui Luen terletak di Garden Mall, Empire Shopping Gallery, Gurney Plaza, Pulau Pinang dan terbaharu di Pavilion KL. 

Komen Anda