Kecantikan

Palet It Cosmetics Beri Kesan Awet Muda, Pori Kecil & Pencahayaan Terbaik Untuk Selfie!

Izzah Azizah
/
Obses dengan benda cantik + kucing
Palet It Cosmetics Beri Kesan Awet Muda, Pori Kecil & Pencahayaan Terbaik Untuk Selfie!

Memang jadi impian setiap wanita untuk tampil cantik dengan satu petikan jari! 

it Cosmetics akhirnya melaksanakan angan-angan itu dengan menyediakan 1 palet mudah bawa dan guna. 

Anda pasti tidak percaya palet Your Je Ne Sais Quoi™ Complexion Perfection Palette diformulasikan untuk kesan terbaik wajah berseri! 

Kenapa anda wajib mendapatkan Your Je Ne Sais Quoi™ Complexion Perfection Palette

Your Je Ne Sais Quoi™ Complexion Perfection Palette. Foto – arkib Wanista.com

# Perfect Lighting Luminiser – menaikkan seri sudut-sudut wajah seperti cahaya keluar dari wajah anda sendiri. 

# Bye Bye Pores Pressed Powder – bedak padat yang sesuai dipakai tanpa atau bersama solekan. Pori-pori? Selamat tinggal!

# Bye Bye Pores Blush – pemerah pipi merah jambu ini sesuai untuk semua peringkat umur dan ia juga mampu menghilangkan pori-pori halus.

# Sunshine In A Compact – bronzer tanpa kilatan ini sesuai untuk dijadikan sebagai contour atau memberi ilusi warm pada wajah. 

Diformulasikan dengan bahan anti-penenuaan hydrolysed collagen, silk peptides dan Perfect Lighting Technology. Gambar selfie anda akan sentiasa nampak pada the right angle! 

Your Je Ne Sais Quoi™ Complexion Perfection Palette bakal tiba di seluruh butik Sephora Malaysia pada 11 Mei 2017 dan dijual pada harga RM185

Komen Anda