HyppTv komited untuk terus menyediakan program hiburan terbaik buat para pelanggannya dengan menawarkan pelbagai seleksi drama terbaik yang bisa memenuhi minat dan kehendak penonton masa kini.
Untuk itu, HyppTv dengan bangganya tampil dengan drama bersiri terbaharu yang mengisahkan seorang gadis bernama Nadia lakonan Diana Danielle yang baru sedar dari koma setelah terlibat dalam satu kemalangan kereta sehingga harus menjalani pembedahan wajah.
https://www.instagram.com/p/BTBJlzLFf9C/?tagged=disebalikwajah&hl=en
Dalam masa yang sama, Nadia juga hilang memori buatkan dirinya sering dihantui ilusi serta panggilan telefon daripada satu suara misteri menyuruhnya membunuh suaminya sendiri, Amir Hisyam lakonan Aliff Aziz iaitu pewaris kepada syarikat pembangunan hartanah terkemuka di Malaysia. Satu persatu misteri mula terungkai dengan bantuan seorang wartawan penyiasat, Red lakonan Hefny Sahad yang kebetulan kehilangan teman wanitanya Elisa, lakonan Zarina Zainoordin pada hari yang sama Nadia menghadapi kemalangan.
Tonton Promo Di Sebalik Wajah
HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 110 saluran dengan 53 saluran dalam Definisi Tinggi (HD).
Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati himpunan hiburan bertaraf dunia melalui HyppTV Everywhere atau Hypp Play, saluran Video-On- Demand yang menawarkan pelbagai siri kandungan di HyppTV bagi tontonan yang menyeronokkan. Setakat ini, HyppTV mempunyai lebih daripada 1.5 juta pelanggan.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.tm.com.my/hypptv]