Hiburan

Bintang Korea Ini Merupakan ‘Gadis Paling Comel di Dunia’?

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, forever young
Bintang Korea Ini Merupakan ‘Gadis Paling Comel di Dunia’?

Vogue Magazine memilih Sulli sebagai ‘Gadis Paling Comel di Dunia’.

Baru-baru ini, Vogue Magazine menerbitkan satu artikel berkaitan bekas anggota kumpulan f(x), Sulli yang dikatakan berjaya menonjol dari selebriti lain dalam dunia fesyen.

Vogue memuji gaya fesyen unik Sulli dan pemilihannya untuk menjauhkan diri daripada item fesyen biasa seperti pakaian sukan. Sebaliknya, Sulli lebih memilih untuk berpegang kepada imej yang sesuai dengan dirinya, yang cenderung kepada gaya vintaj yang lebih girly. Sebagai contoh, Sulli berjaya suai padan antara sweaters bersama vintage Chanel scarves, denim flares bersama kitten heels dan gincu bibir rona merah hati sebagai pelengkap gaya.

Menerusi tajuknya sahaja “Is Korean Actress Sulli the Cutest Girl in the World?”, Vogue terusan memuji fesyen dan visual Sulli yang boleh memukau ramai.

Lihat antara fesyen pilihan Sulli di karpet merah;

Foto – Koreaboo
Foto – Billboard
Foto – Pinterest
Foto – Pinterest

Anda setuju Sulli gadis paling comel di dunia?

Sumber : 1 & 2

Komen Anda