Berita & Isu Semasa

Aneh…’Prince Charming’ Bayi Lahir Dengan Rambut Beruban

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Aneh…’Prince Charming’ Bayi Lahir Dengan Rambut Beruban

Seorang bayi dilahirkan sihat dengan berat 5.4 kilogram dan tinggi 54 sentimeter serta dilahirkan tepat pada masa yang dijangka kecuali rambutnya yang beruban.

Bayi yang diberi nama Bence disahkan tidak menghidap sebarang penyakit dan juga disahkan bukan albino. 

Keadaannya yang pelik itu menyebabkan petugas perubatan di wad bersalin hospital di Szekesfehervar, Hungary menggelarnya Prince Charming.

Foto – 9gag.com

“Rambutnya yang beruban bukan disebabkan dia sakit atau mengalami tekanan ketika dalam kandungan,” kata Doktor Zoltan Kummer.

Menurutnya, Bence yang digelar Prince Charming berdepan masalah kekurangan pigmen melanin hingga menyebabkan rambutnya putih tetapi keadaan itu hanya bersifat sementara.

Pakar perubatan percaya rambutnya akan hitam apabila dia membesar.

SUMBER

Komen Anda