Laneige menerus komitmen untuk menyediakan masyarakat luar bandar dengan akses kepada air bersih melalui kerjasama berterusan dengan Global Peace Foundation untuk menjalankan pemasangan keempat daripada projek CSR ‘Waterful Sharing Campaign’.
Meneruskan usaha 2016, Kampung Binjai, Pahang dan Kampung Ulu Geruntum, Perak akan menerima tambahan 4 sistem penapisan air setiap satu, selain daripada ansuran sebelumnya.
Untuk tahun ini pula, seramai 880 penduduk di seluruh empat kampung termasuk Kampung Padang, Pahang dan Kampung Poh, Perak akan mendapat manfaat daripada kempen CSR.
Setiap pembelian Laneige Sleeping Mask, pelanggan akan menerima botol air percuma ‘Refill Me’, dan dari situ RM10 akan disalurkan ke Laneige Waterful Sharing Campaign 2017 Fund untuk membantu pemasangan 30 sistem penapisan air di kawasan penempatan terpilih.
https://www.instagram.com/p/BS-sotfj3hb/
Waterful Sharing Campaign 2017 akan diadakan selama 3 bulan dari 1 Mei sehingga 31 Julai 2017. Orang ramai boleh ke Laneige Beauty Roadshow di seluruh Malaysia pada 8 Mei dan seterusnya untuk mendapatkan ‘Refill Me’ Water Sleeping Mask sekaligus memberi komitmen untuk kempen mulia ini.
Untuk maklumat lanjut tentang Laneige Waterful Sharing Campaign 2017, anda boleh ke Facebook LANEIGE.