Kecantikan

Info! Mula Urut Muka Cara Ni Kalau Hendak Kulit Tegang Tanpa Botoks

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, Cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Info! Mula Urut Muka Cara Ni Kalau Hendak Kulit Tegang Tanpa Botoks

Kata orang, kalau hendak kulit tegang sentiasa kenalah rajin urut muka. Selain dapat melancarkan perjalanan oksigen dan darah dalam kulit, ia juga menggalakkan penghasilan kolagen yang secara tidak langsung dapat mengekalkan keanjalan kulit biarpun usia sudah meningkat.

Seperti wanita Korea, mereka gemar menggunakan serum dan losen jenis cecair untuk mencantikkan kulit bahkan, akan menyapu ia pada permukaan kulit menggunakan gerakan tamparan lembut pada wajah bagi memastikan produk yang digunakan benar-benar meresap hingga ke lapisan paling dalam.

BACA: Tabiat Penjagaan Wajah Cara Korea Yang Semua Wanita Patut Amalkan

Wanista tergerak ingin berkongsi tips serta langkah urutan muka, agar kita sama-sama dapat jadi cantik dan kelihatan awet muda sentiasa. Jom belajar caranya…

#1 Pam sedikit serum di atas telapak tangan yang bersih. Gosok produk tersebut menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menghangatkannya dengan suhu badan sebelum menyapu ia pada keseluruhan wajah.

Sumber: Pinterest

#2 Daripada dagu, tolak pipi naik ke atas. Lakukan langkah ini sebanyak lima kali di sebelah pagi dan ulang 15-20 kali waktu malam sebelum tidur.

Sumber: Pinterest

#3 Seterusnya bahagian atas tulang pipi dan tariknya ke atas sehingga ke sisi dahi. Lakukan langkah ini lima kali di bahagian kiri dan lima kali lagi di bahagian kanan.

Sumber: Pinterest

#4 Untuk bahagian dahi, tolak semua ke bahagian atas sehingga ke kawasan anak rambut. Fokus pada bahagian ini kerana dahi adalah kawasan wajah yang paling cepat berkedut!

Sumber: Pinterest

#5 Beri tekanan pada setiap penjuru wajah. Contoh: Kedua sisi dahi, belakang kedua telinga, kedua penjuru bibir, kedua penjuru mata dan kedua penjuru kening di tengah dahi.

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Tekan beberapa saat sebelum menggerakkan jari dalam gerakan membulat.

Sumber: Pinterest

#6 Seperti orang korea, tampar lembut muka anda sekuat hati (jika tahan sakit). Cara ini akan mengejutkan semua otot pada wajah untuk aktif kembali bahkan dapat menyah toksin tahu?

Sumber: Pinterest

Baru lah muka nampak berseri-seri tidak letih.

#7 Langkah seterusnya, buat cubitan kecil pada kawasan sekitar wajah. Sama seperti urutan, cubitan sebenarnya dapat mengejutkan otot-otot bawah kulit untuk kembali aktif dan segar!

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Mudah je kan? Kalau rajin jaga muka dan disiplin lakukan teknik urutan ni setiap hari… mesti cantik punyalah!

Selamat beramal!

SUMBER

Komen Anda