“Every day new skin tones are born,” – Balanda Atis
Revolusi warna nude semakin menular bukan sahaja pada warna pakaian malah solekan. Nude sinonim dengan dengan tona tanah yang sedikit cerah atau gelap berbanding biasa.
Secara peribadi, warna nude antara warna pilihan penulis kerana ia bersifat universal. Lebih menarik, nude warna yang paling dekat pada diri seorang manusia, ia seperti mewakili semua orang diseluruh dunia. Dari palet merah jambu pucat kepada warna beige seterusnya coklat gelap ia ada semua!
Walaupun warna nude sangat luas tapi wajar untuk anda memilih warna yang paling sesuai dengan tona kulit anda. Wanista kongsikan tips untuk mencari warna nude mengikut kesesuaian warna kulit…
#1 Si Kulit Putih Pucat
Anda yang memiliki kulit putih melepak bak Taylor Swift, Wanista cadangkan pilih lipstik nude pada rona lembut seperti merah jambu. Contoh lipstik, MAC Creme D’Nude.
#2 Si Kulit Cerah (Warm)
Nak kata putih tak, nak kata gelap pun tak. Itu tandanya anda memiliki tona kulit yang cerah / warm skin tone. Pilih lipstik nude bernoda pic atau jingga untuk menaikkan lagi seri kulit anda. Wanista cadangkan NARS Belle De Jour Lipstick.
#3 Si Sawo Matang
Kebanyakan wanita Malaysia memiliki warna kulit sawo matang, jadi anda perlu bijak bermain warna supaya bibir anda tidak tenggelam. Pilih lipstik nude berona coklat terang / light beige supaya ia dapat mengimbangi warna kulit muka dan bibir anda. Pilihan Wanista, Le Rouge 101 Beige Mousseline Givenchy.
BACA: TIPS MEMILIH WARNA LIPSTIK YANG IDEAL DENGAN TONA KULIT
#4 Si Coklat Perang (Olive Skin)
Kulit anda bersinar coklat perang bak Kim Kardashian? Warna selamat untuk bibir mude ialah coklat kelabu atau dipanggil taupe. Maybelline Color Sensational 775 pilihan sempurna dengan efek glossy.
#5 Si Hitam Manis
Si kulit hitam manis! Hati-hati jika memilih tona warna untuk lipstik nude, pastikan anda tidak memilih warna terlalu terang atau gelap. Rona terbaik untuk anda warna coklat keorenan atau purple supaya ia tampak lebih ceria dan tidak tenggelam. Wanista pilih Tarte Tarteist Lip Paint Choker.