Kate Spade membuka langkah baharu dengan memperkenalkan koleksi Musim Bunga yang mempertengahkan inspirasi dari padang pasir, kelopak mawar dan aura-aura oasis taman yang diletakkan didalam perincian rekaan dan fabrik.
Pada koleksi kali ini, busana RTWKate Spade diserlahkan dengan sedikit eleman bohemian dan potongan lengan dan struktur pakaian ala maghribi. Rekaan blaus dan busana pula lebih longgar untuk mencipta efek elegan pada si pemakai.
Beg tangan Kate Spade antara menjadi aset utama dalam jenama mewah dari New York ini. Kate Spade memperkenalkan rekaan beg tangan yang fun dan berstrukrur. Lihat sahaja karikatur monyet, unta dan pelita lampu dijadikan hiasan pada beg tangan mereka.
Kini anda boleh menambah aksesori monogramming Kate Spade! Serlahkan personaliti dan gaya peribadi anda dengan pelbagai pilihan sticker, tali beg tangan dan emoji untuk hiasan pada barangan Kate Spade.
Koleksi Musim Bunga Kate Spade 2017 boleh didapati di Butik Kate Spade seluruh negara (link) atau layari laman rasmi Facebook Kate Spade New York https://www.facebook.com/sea.katespadenewyork untuk maklumat lanjut mengenai koleksi.