Ini Tray,
Tray adalah seorang kanak-kanak lelaki yang baru sahaja mendapat tahu berita gembira tentang kehamilan ibunya! Namun, lain pula yang jadi apabila Tray serta-merta berasa tidak puas hati sebaik berita itu dikongsikan ibunya. Sudah lah tidak puas hati, bermacam-macam soalan yang ‘ditembak’ kepada si ibu berkenaan kandungan tersebut.
Antara soalan yang diajukan Tray,
What were you thinking?
Why do you have to just get another baby? You just Had two!
Okay… nampaknya kuat juga pendapatnya itu.
Tapi apa yang tidak okay adalah apabila dia perlu berhujah seperti orang yang sudah berumur 50 tahun. Kelakar kan?
Video yang dimuat naik ke laman Twitter Cosmopolitan tempoh hari ini telah viral dan mendapat perhatian umum kerana kelakukan Tray yang dianggap comel dan lucu.
This is exasperating.
Because you just got two! So why do you want to get another baby and just replace one of your babies? It’s just too much!
This little kid did NOT hold back when he found out he was getting a new sibling 😂 pic.twitter.com/44AzSyJkLG
— Cosmopolitan (@Cosmopolitan) April 12, 2017
Mestilah ibunya berjanji pada Tray yang dia dan suaminya tidak akan menggantikan tempat Tray dan adiknya Amaya dengan kehadiran bayi baru itu nanti, tetapi malahan Tray nampaknya masih tidak puas hati.
Because if it make sense, then you just had two babies and you just keep loving them forever and not having another baby between us.
Opss! Lagi sekali tembakan hujahnya tersasar tepat!
Paling best bila Tray bertanya,
What kind of baby is that?
Ibunya mula menenangkannya memberitahu bahawa dia masih belum boleh mengesahkan tentang jantina bayi dalan kandungan. Tiba-tiba Tray menjerit,
Boys crying even worse!
…sebelum dia membuat permintaan terakhir dengan muka serius,
Buy me some ear plugs too.
Haha LOL! ? Siap minta mak belikan penyumbat telinga. Ini memang kes tak boleh terima hakikat nak dapat adik baru.