Meizu, salah sebuah syarikat pengeluar telefon pintar paling laris di dunia memperkenalkan model Pro 6 Plus dan M5 Note sebagai tambahan kepada barisan produk yang sedia ada di negara ini yang diedarkan secara eksklusif oleh Dynamics Distribution Sdn. Bhd.
Telefon-telefon keluaran Meizu dikenali dengan beratnya yang ringan, rekabentuk yang selesa, kualiti bunyi premium, kamera berdefinisi tinggi, serta interface yang ringkas tetapi anggun yang menggabungkan prestasi, ciri mudah guna dan fungsi serta ketahanan yang diperlukan bagi penggunaan harian.
Malaysia merupakan pasaran terbaharu Meizu dan menjadi tambahan kepada jaringan antarabangsanya di Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah, Asia Tengah dan Oceania.
MEIZU Pro 6 Plus – RM1999
Digelar “Lebih Kuat Daripada Biasa”, dengan binaan badan keluli tunggal berserta reka bentuk arca mikro dengan lengkongan badan telah melalui 30 langkah dan 150 jam kerja tangan halus.
Ianya turut dilengkapi dengan kamera belakang 12 megapiksel yang mampu mengambil gambar biasa dan malam yang tajam dengan penstabil imej optikal 4 paksi, apetur f/2.0 yang lebih besar, bulatan lampu flash 10-LED dan lensa 6P.
MEIZU M5 Note – RM849
Digelar “Lebih Prestasi, Lebih Cantik” MEIZU Note 5 dilengkapi dengan badan keluli semua dalam satu, dengan pilihan warna Emas Champangne, Kelabu dan Perak. Garisan antena baharunya menjadikan M5 Note kelihatan lebih menarik dan bergaya berbanding peranti siri M yang lain.
M5 Note juga didatangkan dengan generasi terbaharu teknologi pengecasan pantas. Disokong dengan tenaga 18W, MEIZU M5 Note hanya mengambil masa 90 minit untuk dicas, 40% lebih pantas berbanding model-model sebelum ini.
Dengan pelancaran rasmi Meizu di Malaysia, model-model telefon pintar keluarannya yang lain akan juga boleh didapati di kedai-kedai tempatan pada harga mampu milik!
Untuk maklumat lanjut dan spesifikasi lain telefon-telefon pintar Meizu, sila lawati laman web mereka di pautan https://www.meizu.com.