Sekali lagi, Emirates memenangi Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik di Dunia bagi Anugerah Pilihan Pelancong TripAdvisor.
Anugerah tersebut mengiktiraf syarikat penerbangan terbaik dunia berdasarkan jumlah dan mutu ulasan dan rating syarikat penerbangan di seluruh dunia yang dikumpulkan sepanjang tempoh 12 bulan.
Pemilihan Emirates boleh dijangka memandangkan ia adalah syarikat penerbangan antarabangsa terbesar di dunia, yang melakukan penerbangan ke 155 destinasi di 83 negara merangkumi enam benua.
Walaubagaimanpun, sesuatu yang menjadi kejutan adalah syarikat penerbangan Azul menjadi tempat ketiga. Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Brazil ini ditubuhkan pada tahun 2008, syarikat ini telah berkembang dengan pesat dan kini berkhidmat ke 105 destinasi.
Juga antara yang tersenarai adalah syarikat penerbangan kos rendah JetBlue dari Amerika Syarikat dan Smile Thai, sebuah syarikat penerbangan tambang murah hanya 20 pesawat disediakan untuk 28 destinasi.
Selain Emirates, antara yang lain tersenarai dalam 10 syarikat penerbangan terbaik adalah:
1. Emirates, United Arab Emirates
2. Singapore Airlines, Singapore
3. Azul, Brazil
4. JetBlue, Amerika Syarikat
5. Air New Zealand, New Zealand
6. Korean Air, Korea Selatan
7. Japan Airlines, Jepun
8. Thai Smile, Thailand
9. Alaska Airlines, Amerika Syarikat
10. Garuda Indonesia, Indonesia
Ada di antara airlines di atas anda pernah naik?