Rangkaian pelembab Water Bank Laneige dengan infusi Hydro Ion Mineral Water dan Moisturising Biogene Technology. Laneige Water Bank bukan sahaja memberi kelembapan malah menguatkan dan menganjalkan kulit.
Laneige memperkenalkan satu rangkaian Water Bank yang baharu iaitu Water Bank Layering Oil. Kuasa terbaharu ini kombinasi sempurna pelembab dan minyak untuk menghasilkan titisan seperti mutiara. Hasilnya, ia mengekalkan kelembapan kulit maksimum dan memberi wajah berseri dengan hanya satu langkah mudah.
Terdapat 7 produk dari rangkaian Water Bank Layering Oil dengan manfaat tersendiri.
1. Water Bank Double Layering Oil – memperbaiki permukaan kulit yang kering dan rosak. Memberi kelembapan sempurna untuk kulit disamping membaiki kulit.
2. Water Bank Gel Cream – krim yang bertekstur gel ini sesuai diaplikasi tak kira semasa cuaca sejuk atau panas. Daya penyerapan yang tinggi hingga menembusi sehingga 20 dalam lapisan kulit. Ia mempunyai ekstra Quinoa khas bagi mereka yang kulit sensitif dan bermasalah.
3. Water Bank Moisture Cream – Krim muka ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal atau kombinasi. Ia mengeluarkan ejen kelembapan yang memperbaiki bahagian kulit yang rosak.
4. Water Bank Essence_Ex – kaya dan pekat dengan intipati kelembapan dan mengandungi ekstra White Willow Bar untuk meredakan radang kulit akibat terkena terik panas matahari. Rutin penggunaannya menjamin membaiki tekstur kulit.
5. Water Bank Eye Gel – memulihkan sembab dan mata yang penat. Ia juga diperkaya dengan Billberry, tumbuhan dari perubatan abad ke-16 yang merangsang kapilari darah sambil mengelakkan kulit bawah mata menjadi kering.
6. Water Bank Double Gel Soothing Mask – disamping kelembapan diserap ke dalam kulit ia juga mempunyai mengurangkan garis-garis halus akibat kesan penenuaan.
7. Water Bank Creamist – Semburan halus untuk wajah anda memberi daya kelembapan tinggi dan wajah berseri. Produk ini boleh dibawa dan digunakan pada bila-bila masa. Hasil semburan ini sama seperti menyapu Water Bank Cream.
Dapatkan produk Laneige di butik dan kaunter Laneige di seluruh negara.