Dilaporkan, penyanyi IU akan meneruskan niatnya mengambil tindakan guaman terhadap seorang Yotuber terkenal, POOWAR (Ji Yong Hwan) selepas Youtuber ini melakukan gangguan seksual terhadapnya.
Poowar yang memiliki lebih 200,000 pengikut di Youtube dan terkenal di Korea Selatan dikatakan membuat akaunnya itu semata-mata mahu membuat video komen berbaur seksual yang ditujukan kepada IU.
Antara komen berbaur seksual yang dibuat Poowar;
“Would you like IU or a pet dog?” – Pengikut Poowar
“Of course I like IU. A dog can’t give me sex, but IU can. Life is about sex, don’t you understand?” – Jawapan Poowar
Sewaktu IU dan agensinya, Fave Entertainment mengumumkan untuk memfailkan saman terhadapnya, Poowar memberi reaksi yang menjengkelkan.
“Saya boleh disaman syarikat IU. Ia akan jadi satu penghormatan jika benar dia failkan saman terhadap saya. Bahkan saya berpeluang untuk bertemunya di bilik mahkamah,” jelas Poowar.
Disebabkan Fave Entertainment mengambil serius akan perkara itu, Poowar tampil dengan permohonan maaf atas keterlanjuran kata-katanya.
“My loyal viewers will know, that I love IU. I make these sexual remarks constantly. I mean, I always sing that I love IU every day. Anyways, what happened was that some viewer asked me if I loved my dog or IU more.
I mean I said IU obviously. Because my dog can’t ‘give me some’ and IU can. Then I kind of called IU out like a dog but I mean come on. If it’s your first time seeing my show you could be taken aback but I do this all the time! My loyal viewers saw that segment and laughed and moved on man.
I’ve loved her for like 6 years man! I mean I’ve had her on my wallpaper for 6 years! I love her, I don’t want to sexually attack or anything. I mean I can’t even meet her anyway. I’ll be more careful from now on I guess.” – YouTuber POOWAR
Bercakap mengenai permohonan maaf Poowar, Fave dan IU tidak akan menarik balik tindakan mereka untuk meneruskan saman berkenaan.
“Kami berasa komen yang ditujukan kepada IU sangat melampaui batas. Pihak guaman kami sekarang dalam proses untuk memfailkan kes itu yang mengambil masa beberapa hari,” terang Fave Entertainment.
Untuk pengetahuan anda, ini bukan pertama kali IU mengambil tindakan guaman terhadap pengikut internet. Januari lalu sahaja, agensi keduanya, Leon Entertainment menyaman 11 pengguna internat kerana komen berbaur fitnah terhadap IU.
Siapa sangka IU si kecil-kecil cili padi rupanya berisi.