Peminat muzik antarabangsa pasti tidak sabar untuk berkunjung festival muzik M Music Festival 2017 yang bakal diadakan di Pulau Pinang.
Melalui laman rasmi Facebook M Music Festival antara artis yang bakal membuat persembahan ialah LMFAO’s RedFoo, Taboo from Black Eyed Peas dan ramai lagi.
Apa yang lebih teruja apabila M Music Festival mengumumkan bakal membawa masuk duo EDM-pop popular The Chainsmokers dan penyanyi K-Pop sensasi Hyuna.
Berita tersebut dikongsi sendiri oleh pihak penganjur namun itu semua belum mendapat kepastian. Namun jika ia benar, sememangnya anjuran kali ini benar-benar berjaya dan mendapat sambutan luar biasa.
Sejak 24 Januari 2016 lalu laman Facebook ini kerap memuat naik berita teasers kepada peminat tentang aktiviti dan artis yang bakal membuat persembahan untuk festival edisi tahun 2017.