Susuk tubuh yang cantik dan raut wajah manis, ditemani pula sikap dan sifatnya yang begitu mesra serta rendah diri apabila berhadapan dengan rakyat jelata membuatkan semua orang jatuh hati padanya. Puteri Diana adalah salah seorang ahli keluarga diraja Britain yang amat dikagumi ramai menjadikannya antara inidvidu ikonik sepanjang zaman.
Bagi memperingati beliau, pihak Kesington Palace telah membangunkan satu taman memorial yang dipenuhi lebih 12,000 bunga-bungaan pelbagai jenis termasuklah bunga kegemaran mendiang Puteri Diana iaitu, love-me-nots.
20 tahun selepas pemergiannya, taman yang digelar White Garden ini adalah diinspirasi dari cerita kehidupnya dahulu umpama persalinan dress putih “Elvis” rekaan Catherine Walker yang pernah disarungnya.
Pembinaan taman itu mengambil masa selama setahun untuk disiapkan istimewa sebagai tarikan utama di Kesington Palace bersempena sambutan ulang tahun ke-20 kemangkatan Puteri Diana yang disebabkan sebuah kemalangan jalan raya di Paris.
Saat kematiannya, Puteri Diana telah meninggalkan suami, Prince Charles dan dua orang anak lelaki iaitu Prince William dan Prince Harry yang masing-masing berumur 15 dan 12 tahun pada tanggal 31 ogos 1997 ketika usianya baru 36 tahun.
White Garden telah pun dibuka kepada umum secara percuma dan dijangka akan terus beroperasi sehingga September depan!