Memang benar tidak ramai yang berjaya mengayakan denim putih. Ia warna yang terang dan anda boleh digelar mangsa fesyen jika anda tidak berjaya membuat padanan. Pastinya ramai juga yang membuat alasan seluar putih sukar dijaga dan memberi ilusi kaki tampak besar.
Apa yang penting ialah dapatkan potongan denim yang sesuai dengan saiz pinggang dan kaki anda untuk kelihatan selamat dan menarik walaupun dengan warna putih. Serta mainan aksesori dan outfit itu sendiri boleh menarik mata yang memandang berpendapat anda kelihatan lebih outstanding dari yang lain.
Jadi Wanista sediakan 5 idea flat lay untuk anda gayakan denim putih ke aktiviti kasual atau gaya harian.
#1 Acara Kasual
Denim potongan boot/boot cut tampak ranggi dipadankan jaket denim. Biasanya, orang gemar memadankan denim dan jaket biru. Apa kata kali ini serlahkan gaya berbeza denim putih bersama jaket biru.
#2 Bila Bercuti
Sesuaikan pakaian anda dengan aktiviti percutian seperti tampil dengan t-shirt dan sandal. Penampilan sebegini buat anda lebih selesa juga menarik bersama aksesori kaca mata dan selendang bercorak lembut.
#3 Ke Pejabat
Boleh ke seluar putih beri gaya eksekutif? Boleh lah, jika anda bijak kenakan kemeja seperti dibawah. Nak tampil sedikit kelainan, pilih kemeja punya elemen feminim dan kasut tinggi jenis peep-tote-mule yang menyerlahkan efek ranggi.
#4 Bertemu Si Dia
Blaus merah jambu dengan bertali di pinggang memberi ilusi pinggang ramping. Jika anda berhijab, pilih selendang bercorak floral dengan kombinasi warna yang ceria. Sepatu ankle-strap dan jam tangan sebagai pelengkap gaya anda!
#5 Bila beriadah
Simple but nice! Gayakan blaus longgar untuk keselesaan sepanjang anda berada diluar. Pilihan corak blaus bercorak tidak akan membuat anda kelihatan membosankan bila tampil dengan denim putih. Tambah aksesori seperti cermin mata, backpack dan sandal gladiator.
Seleksis yang mana jadi pilihan anda?