Kecil-kecil sudah ada tatu? Tak mungkinlah!
Hangat di media sosial, tatu anak pelakon Bollywood yang beragama Islam, Shah Rukh Khan menarik perhatian ramai dan penonton ketika perlawanan Liga Perdana Kriket India, minggu lepas.
Melalui beberapa foto, anak bongsunya, Abram Khan muncul dengan bahagian dadanya dicacah tatu yang serupa dengan bapanya.
Majoriti peminat Shah Rukh Khan terkejut akan tindakan bintang itu terhadap anaknya yang comel. Sesetengah pihak juga menganggap Shah Rukh Khan melampau kerana sanggup mencacah tatu dan tidak sanggup membayangkan kesakitan yang dialami Abram Khan.
Shah Rukh Khan yang berkahwin dengan Gauri Khan pada pada 1991 telah dikurniakan 2 anak. Abram pula yang kini berusia 4 tahun dilahirkan pada 2013 melalui seorang ibu tumpang.