Bagi kebanyakan gadis, memakai hijab merupakan ekspresi luaran secara peribadi yang mempamerkan tahap keimanan dan melambangkan keutuhan mereka dalam memenuhi tuntutan agama. Namun kesihatan rambut ketika bertudung juga amat penting untuk memberi keyakinan dan cabaran penjagaannya lebih unik berbanding mereka yang tidak berhijab.
Memahami permasalahan ini, Sunsilk memperkenalkan Sunsilk Hijab Recharge rangkaian produk penjagaan rambut yang direka khusus buat si hijabster. Menawarkan kesegaran serta keharuman berpanjangan, dan manfaat terbaik dari bahan semulajadi yang asli, Sunsilk berhasrat untuk memberi kekuatan kepada para gadis untuk mengejar impian mereka namun kekal memiliki rambut yang kelihatan segar dan sihat walaupun dengan berhijab.
Dihasilkan melalui usahama pakar penjagaan rambut Jamal Hammadi dengan menggunakan keajaiban bahan semulajadi yang asli untuk menangani cabaran utama masalah rambut yang dihadapi oleh hijabster.
- Segar Berhijab atau Hijab Refresh, diperkata dengan pati buah tin, kaya dengan antioksidan, membantu membersihkan kulit kepala dari peluh, kesan berminyak, sel kulit mati serta rambut berminyak bagi mengekalkan kesegaran yang berpanjangan.
- Anti Rambut Gugur atau Lively Strong Hairfall Solution, diformulasikan dengan ekstra akar ginseng. Ia mampu mengekalkan nutrien, memperkuatkan rambut serta mengurangkan keguguran rambut.
- Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, menangani permasalahan kelemumur melalui penggunaan pati buah-buahan sitrus untuk menghasilkan rambut lembut bermaya, serta agen anti-kelemumur ZPT yang akan mambasmi sel kulit mati dan menghalangnya dari berlaku semula.
Sunsilk Hijab Recharge boleh diperolehi sekarang di semua pasar raya terkemuka, pasar raya besar, farmasi dan ejen jualan sah di seluruh negara, serta web e-dagang yang dilantik serta laman pasaran dalam talian.
Harga runcit syampu dan perapi: 70ml – RM3.80, 160ml – RM8.50. 320ml – RM13.85
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sunsilk Hijab Recharge, layari laman web http://www.sunsilk.com.my atau kekal berhubungan dengan Sunsilk melalui Facebook https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia/ atau Instagram https://www.instagram.com/sunsilkmy/.