Lookbook, Travel

Rimowa Lancar Lookbook Baru Papar Koleksi Terkini Penuh Gaya Untuk Pengembara

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Rimowa Lancar Lookbook Baru Papar Koleksi Terkini Penuh Gaya Untuk Pengembara

 RIMOWA mengumumkan lookbook terbaharu yang memaparkan koleksi bagasi terkini yang lebih bergaya dan mantap.

The Beauty of Change untuk 2017 dan 2018 menghimpunkan foto-foto penggambaran model menggayakan bagasi sambil berlatarkan taman perancis abad ke-18.

Yang bekerja di sebalik tabir, jurugambar profesional Horst Diekgerdes yang pernah bekerjasama dengan RIMOWA sebelum ini untuk kempen fesyennya terdahulu, sedikit sebanyak telah membantu untuk menjayakan loobook musim ini.

Bagasi rekaan terkini RIMOWA adalah berlandaskan meterial logam aluminium jenis polikarbonat klasik, diserikan pula dengan warna-warna moden sensasi termasuklah hijau batu zamrud, merah jambu samar, biru gelap dan banyak lagi. 

Seperti dalam lookbook RIMOWA musim lalu, sekali lagi model ternama dari Brazil dan German, Alessandra Ambrosio dna Johannes Huebl membintangi lookbok RIMOWA untuk 2017 – 2018.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *