Acara

Hayati Sejarah Kuala Lumpur Dari Teater Muzikal ‘MUD’ Pada April Ini

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Hayati Sejarah Kuala Lumpur Dari Teater Muzikal ‘MUD’ Pada April Ini

Setelah menampilkan 2,000 persembahan sejak tiga tahun lalu, Enfiniti mengakhiri persembahannya pada 30 April 2017 ini dengan membawa kembali teater muzikal MUD ke Panggung Bandaraya yang berusia 113 tahun. Teater MUD dibawakan oleh Enfiniti (M) Sdn Bhd diasaskan oleh Tiara Jacquelina, aktres, produser dan penggiat seni. Enfiniti juga menghasilkan produksi Puteri Gunung Ledang, P. Ramlee The Musical.

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Teater muzikal ini hasil kolaborasi antara DBKL dan Enfiniti yang ingin membawa persembahan yang kaya dengan sejarah lampau dan kisah nenek moyang ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Penonton bakal dihiburkan dengan pelbagai info sejarah dan budaya kotaraya Kuala Lumpur. MUD pasti membuat para penonton terutamanya warga tempatan merasa bangga dengan persembahan interaktif MUD yang merungkai segala harta disebalik kotaraya ini. 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

MUD – The Story of Kuala Lumpur dipersembahkan pada 30 April 2017. Sepanjang bulan ini, penonton akan menerima cenderahati edisi terhad MUD (sehingga stok masih ada). Tiket boleh dibeli di kaunter Panggung Bandaraya Box Office, jam 10 pagi – 9 malam atau layari www.mudkl.com

BACA  Bersukan Secara Sihat Dan Bebas Di SuperPark Malaysia, Avenue K!
Leave a Reply
Your email address will not be published. *