HyppTV memperkenalkan tujuh saluran baharunya bermula 1 April 2017, memperkukuhkan lagi penawaran kandungan hiburan bertaraf antarabangsa sedia ada.
Lima (5) daripada saluran baharu yang diperkenalkan adalah khusus untuk komuniti India, iaitu ZeeTV (saluran 304), Zee Tamil (saluran 303), Zee Cinema (saluran 309), Sony SAB (saluran 311) dan Sony Entertainment Television (Channel 312).
HyppTV juga merupakan pengendali TV pertama yang memperkenalkan saluran filem Korea terbaharu iaitu tvN Movies HD (Saluran 222) di Malaysia dan Pesona HD (Saluran 115), saluran hiburan Indonesia baharu yang sebelum ini dikenali sebagai MNC Channel.
Selain pengenalan saluran-saluran baharu ini, peminat tegar filem klasik Berbahasa Cina di SCM Legend (Saluran 226) turut dapat menikmati filem-filem kegemaran mereka dalam bentuk Definisi Tinggi (HD) bermula 1 April 2017.
Saluran-saluran ini turut boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere, yang boleh dimuat turun di Android Play Store dan Apple App Store, jadi anda boleh menonton program-program kegemaran anda di telefon pintar, tablet dan komputer peribadi, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.