Fesyen, Lookbook

FITFLOP Rai Karisma Wanita Bersempena Ulang Tahunnya Ke-10

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
FITFLOP Rai Karisma Wanita Bersempena Ulang Tahunnya Ke-10

Wanita inspirasi penuh dengan cita-cita dan berkarisma, Marcia Kilgore adalah tulang belakang yang tampil mewujudkan jenama sandal FitFlop pada tahun 2007.

Menjadi pilihan ramai wanita dari seluruh dunia, FitFlop adalah jenama sandal ergonomik pastinya memikat bukan sahaja dari segi rekaan yang versatile malah fungsinya juga begitu sesuai untuk kegunaan dalam semua situasi.

Aktres Uma Thurman sebagai wajah kempen “Superwomen” FitFlop 2017.

Bertujuan untuk memperkasa wanita secara global, FitFlop mengambil peluang untuk menyebar mesej bermanfaat kepada semua menerusi kempen “Superwomen” bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-10.

Uma Thurman menggayakan Flip Leather Sandals dari koleksi terkini FitFlop untuk musim bunga/panas 2017.

Uma thurman terpilih untuk memimpin kempen “Superwomen” oleh FitFlop musim ini. Dalam masa yang sama, jenama gah ini turut berkesempatan untuk memperkenal koleksi musim bunga/panas 2017 yang sensasi lagi memukau dengan empat jenis rekaan termasuklah Rola, Flip Leather Sandals, Fino dan Banda Roxy.

Koleksi Fino yang dihiasi perincian berkilau.
Koleksi Rola yang dihiasi perincian manik logam.
Koleksi Banda Roxy.

Setiap satunya istimewa berasaskan perincian glamor seperti kilauan dan mainan tali kancing bersilang.

Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.facebook.com/fitflopmalaysia] atau lawat laman Instagram @fitflopmalaysia di [www.instagram.com/fitflopmalaysia]

Semua koleksi terkini FitFlop untuk musim bunga/panas 2017 boleh didapati di butik sandal FlitFlop cawangan Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, IOI City Mall, Gurney Paragon, Komtar JBCC dll.

BACA  Bukan Main Cantik Koleksi Barang Kemas Terkini Habib!
Leave a Reply
Your email address will not be published. *