Makanan negara Thai antara masakan paling popular didunia. Ia segar, harum dan sihat, masakan Thai amat dinikmati pada mereka yang suka makanan pedas. Antara hidangan paling ikonik ialah Pad Thai, mee beras dimasak dengan asam jawa dan sos ikan serta Tod Mun, kek ikan.
Pernah tak anda membayangkan dapat menghirup sup pedas masam Tom Yam didalam kesejukan atmosfera tinggi seperti Genting Highlands?
Lunaskan hajat anda itu di Restoran Coffee Terrace, Hotel Genting Grand di mana terdapat pelbagai jenis hidangan Thai disediakan bersempena Festival Songkran yang disambut dengan bufet juadah bertemakan masakan negara gajah putih bermula 7 hingga 16 April 2017.
Pilihan penulis ialah Tom Kha Gai, tom yam ayam dengan santan kelapa sememangnya menepati selera pedas dan masam. Juga pilihan wajib lain ialah Tom Yam Merah Udang dan Tom Yam Putih Makanan Laut.
Terdapat dua menu dihidangkan secara bergilir-gilir dimana pilihan pertama terdiri daripada pembuka selera seperti Kek Ikan Thai, biskut beras bersama ayam daun selasih, Kerabu Diraja Thai, Ayam Pandan Thai Satay Ayam Thai.
Bufet ini menawarkan hidangan asli dari wilayah utara dan selatan Thai termasuk menu utama Kari Merah Ayam bersama Terung, Kari Daging Mutsamun, Udang Goreng bersama Suun, Kari Kuning Diraja Ketam Goreng, Ikan Stim Serai dan Limau, Kambing Goreng Lada Hitam, Nasi Goreng Nanas, Laksa Thai dan Pad Thai.
Pilihan kerabu, ulaman dan sayuran terdiri dari Kerabu Betik Muda, Kerabu Makanan Laut Suun, Kerabu Ayam Thai, Kerabu Kaki Ayam (tanpa tulang) dan Kerabu Mangga Thai. Masakan sayuran ialah Cendawan Taucu Ala Thai dan Kailan Ikan Masin.
Pencuci mulut pula sesuatu yang sejuk dan manis wajib dirasai seperti Pulut Mangga, Sengkuang Cina Bersantan, Puding Ubi Kayu Thai, Cendol Thai dan buah-buahan.
Cepat ke Restoran Coffee Terrace, Hotel Grand Genting Hinglands sebelum 16 April ini.
Senarai harga buffet:
Isnin – Jumaat – Buffet Tenghari: RM40.00(member), RM44.00(non-member)
Buffet Makan Malam: RM75.00(member). RM84.00(non-member)
Sabtu & Ahad – Buffet Tenghari: RM46.00(member), RM50.00(non-member)
Buffet Makan Malam: RM79.00(member). RM88.00(non-member)
Untuk tempahan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi di talian +603 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com.
Serius penulis masih ingat kick Tom Yam dan Pulut Mangga!