Fesyen, Lookbook

PUMA Perkenal Kasut Basket Baru, Cara Delevigne Kekal Sebagai Wajah Kempen “Do You”

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
PUMA Perkenal Kasut Basket Baru, Cara Delevigne Kekal Sebagai Wajah Kempen “Do You”

PUMA terus memberi semangat kepada masyarakat dunia, kini kembali dengan kempen DO YOU untuk musim bunga/panas 2017.

IKLAN

Sekali lagi berkerjasama dengan Aktres, Supermodel, Aktivis dan wajah kempen DO YOU sebelum ini, Cara Delevigne diyakini mampu membangkitkan jiwa wanita di seluruh pelusuk dunia. 

Untuk makluman semua, kempen ini adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat wanita agar sentiasa percaya akan kemampuan diri sendiri agar tiada apa yang bisa menghalang seseorang untuk menjadi diri sendiri.

Kata Cara, “Hal ini adalah tentang mencari kekuatan diri. Memang baik untuk memberi inspirasi kepada orang lain dan memandang tinggi terhadap mereka tetapi apa yang paling penting adalah untuk mencari sesuatu yang dapat memberi kegembiraan kepada diri sendiri dan jangan terlalu suka ikut cara orang lain.

“Sila jadi diri sendiri,” tambahnya.

IKLAN

Dalam masa yang sama, PUMA turut memperkenalkan rekaan sneakers basket dengan perincian baharu iaitu PUMA Basket Heart Denim yang lebih sofistikated, sesuai untuk wanita gemar berfesyen. Jadi, siapa kata item fesyen sukan tidak stailo?

Untuk keterangan lanjut, sila layari [global.puma.com/en_MY]. Koleksi PUMA Basket Heart Denim hanya boleh dibeli di KLCC, Sunway Pyramid, Pavilion, Gardens, Queensbay Mall, JBCC Komtar pada harga RM399.