Kensington Palace antara tempat wajib para pelancong singgah jika ke England. Ia sebuah rumah agam menjadi pusat singgah untuk keluarga diraja dan terbuka untuk orang awam. Di Kensington Palace anda boleh membeli pelbagai cenderahati pilihan yang direka unik ilham dari keluarga diraja itu.
Jika sebelum ini Kensington Palace mengeluarkan set buku warna didedikasi kan untuk Putera William dan Kate Middleton. Buku mewarna bukan sahaja menarik minat kanak-kanak malah orang dewasa juga membeli sebagai koleksi.
Selain itu terdapat juga buku mewarna khas untuk pakaian Duchess of Cambrige, Colour In Kate berharga £5.99 (RM33.11).
Buku tersebut menampilkan 31 gambar busana Kate yang paling anggun dengan petikan tulisan ‘gambar cantik seorang duchess untuk diwarna dan disempurnakan’.
Kini Kengsinton Palace melancarkan set khas untuk puteri comel mereka Puteri Charlotte. Aksesori puteri dan solekan kanak-kanak yang dihiasi warna merah jambu dan ungu.
Aksesori ini pasti menari si anak gadis untuk bergaya ala Puteri Charlotte! Lip glos, tiara dan busana ala puteri menjadi item utama untuk set ini.
Masih banyak lagi rupanya yang disediakan untuk set Puteri Charlotte, seperti pelekat peti ais, gelas glitters, set cincin dan pelbagai lagi aksesori fiksyen. Busana ala puteri antara termahal dengan harga jualan £35 (RM193.47).
Menurut dari pihak Kensington Palace mereka menawarkan pelbagai jenis cenderahati, produk dan hadiah yang diinspirasikan dari sejarah istana untuk dibeli didalam kedai dan juga di atas talian.
Teruja pula penulis bila lihat semua ini!