Laneige memang terkenal dengan produk kecantikannya yang berasaskan air sekaligus menghasilkan sumber kelembapan optimum untuk kesihatan serta keserian kulit, lebih-lebih lagi buat wanita Asia yang sering terdedah kepada cuaca tidak menentu.
Demi memberi lebih banyak pilihan kepada para pengguna, Laneige tampil memperkenalkan beberapa produk baru untuk melengkapkan lagi rangkaian Laneige Sleeping Mask yang bertindak melembap serta memulih kulit agar bangkit berseri dalam satu malam.
Tidur memang penting untuk menjana kolagen serta menyumbang faktor positif untuk kulit kekal remaja, namun ramai yang tidak peduli untuk benar-benar menjaga tidur harian mereka.
Tahukah anda bahawa tidur yang cukup bisa mengembalikan kecantikan kulit? Ini kerana struktur kulit akan memperbaiki dirinya sendiri saat manusia sedang tidur. Jika tidur tidak cukup, kulit seseorang akan terdorong untuk menjadi kering, tona tidak sekata malah hilang keanjalan.
Bagi memberi lebih faedah kepada kulit, manfaatkan rangkaian produk Laneige Sleeping Mask yang terdiri dari Water Sleeping Mask (RM120) untuk kelembapan dan keserian wajah, Lip Sleeping Mask (RM175) untuk bibir mungil tidak kering serta Eye Sleeping Mask (RM145) iaitu produk terbaru yang ditambahh dalam keluarga rangkaian Laneige Sleeping Mask untuk mengelakkan sembab pada kawasan sekitar mata.
Kesemuanya bermutu, dihasil berlandaskan kajian klinikal terbaik untuk memberi kesan lumyan kepada para pengguna.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.laneige.com/my] atau follow Instagram @laneigemalaysia di [www.instagram.com/laneigemy]