Semenjak Februari tahun ini, telah tersebarnya satu khabar angin mengatakan bahawa Gary dan pasangan hari Isninnya, Song Ji Hyo akan berkahwin pada bulan Mei ini. Namun sangkaan itu meleset apabila petang semalam, Gary secara tidak langusng bertindak memuat naik satu kenyataan mengejutkan di akaun Instagram miliknya, mengaku yang dirinya telah mengikat tali perkahwinan dengan seorang perempuan.
Siapa gerangan gadis bertuah itu masih belum disahkan namun, jelas Gary sendiri, pilihan hatinya itu adalah bukan dari dalam kalangan selebriti seperti yang digembar-gemburkan sejak dua bulan lalu.
https://www.instagram.com/p/BSf2b5AgTZc/?taken-by=kang_gary8888&hl=en
Foto yang dimuat naik Gary adalah foto rimbunan pohon yang ditemani latar langit biru. Berikut adalah maksud kapsyen fotonya:-
Hari ini, saya telah berkahwin dengan orang yang saya cinta. Kami tidak melangsungkan majlis sebaliknya bersetuju untuk menyambut kegirangan ini bersama, hanya antara kami berdua. Isteri saya adalah bukan dari dalam kalangan selebriti bahkan dia adalah insan yang berjaya mencuri hati saya dalam sekelip mata.
Saya tahu ini adalah berita yang mengejutkan buat semua, saya tahu akan ada orang yang terkejut tetapi saya berharap semua boleh menerima hakikat ini dan bergembira di atas penyatuan kami. Tolong doakan kebahagiaan dan kegembiraan kami. Semoga saya akan terus mengecapi kehidupan yang bahagia selama-lamanya.
Benar, ia mengejutkan semua dan lebih parah apabila ahli-ahli Running Man yang boleh dikira rapat dengan Kang Gary sendiri pun tidak dimaklumkan mengenai hal ini.
Menurut laporan portal hiburan Soompi, sumber kenalan terdekat Gary berkata, “Saya pun buntu. Saya sungguh terkejut melihat foto dan kapsyen terkini yang dimuat naik Gary dalam akaun Instagramnya.
“Dia memang tak pernah memberitahu sesiapa tentang niatnya itu malah tiada seorang pun rakan-rakan selebriti lain juga tahu tentang ini”, tambahnya.
Untuk pengetahuan semua, agensi pengurusannya pun tidak dimaklumkan mengenai perkahwinannya.
Hmm… jadi apa agaknya motif dan muslihat Gary untuk berkahwin secara senyap ini ye?
Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan pada Gary dan pasangan! ❤️