“There’s no right answer in fashion” – G-Dragon
Penerbit, penulis lagu, usahawan, ikon fesyen – ada apa-apa lagi yang tidak boleh dilakukan oleh G-Dragon?
Sebelum ini, penyanyi pujaan ramai ini tersenarai buat kali kedua sebagai 500 selebriti paling berpengaruh dalam dunia fesyen yang dikeluarkan The Business of Fashion (BoF). Pemilihan ketua kumpulan Big Bang itu berdasarkan pengaruhnya dalam fesyen yang menjadi trend bukan sahaja di Korea Selatan tetapi seluruh dunia.
G-Dragon adalah bintang terkenal yang bukan sahaja mempunyai peminat di Asia tetapi seluruh dunia. Fesyen yang diketengahkan menjadi trend dikalangan peminat dan atas dasar itu dia terpilih dalam senarai BoF.
Malah, menurut G-Dragon sendiri, jika tidak menjadi penyanyi, mungkin kerjaya sebagai pereka fesyen menjadi pilihannya. Jika dilihat fesyen yang dikenakan penyanyi dengan ketinggian 174cm ini banyak kepada konsep mix n match, beliau tidak terpengaruh kepada satu gaya sahaja. Yang menariknya, fesyen yang dikenakan penyanyi ini juga boleh dicuba oleh kaum wanita, tiada terhad.
Bukan sahaja fesyen jalanan, bahkan ketika mengambil gambar konsep album, kulit majalah, iklan komersial dan pelbagai lagi, G-Dragon sentiasa tampilkan fesyen yang out of the box. Benarlah kenyataan penggiat fesyen dan peminatnya yang merasakan “G-Dragon boleh diibaratkan seperti kanvas putih, apa sahaja dipakainya terletak elok dan langsung tiada cacat cela”. Untungkan jadi GD.
Anda tidak percaya? Lihat sahaja koleksi gambar G-Dragon dalam fesyen pelik ini, memang buat anda ternganga kerana ianya cukup sempurna.
1. Fur hat sebagai fashion statement. Sesuai untuk GD, tetapi tidak untuk anda.
2. Imej nerd sebagai librarian.
3. Bad boy yang sangat comel.
4. G-Dragon sebagai pelumba pun boleh.
5. Rambut afro ketika dalam muzik video Michigo.
6. Yang mana satu G-Dragon?
8. Freckles, rambut, kening sangat on point.
9. Persalinan serba gold. Silau mata penulis tengok.
10. Boyfriend material mungkin?
11. Gaya rambut bob paling unik abad ini.
12. Bila G-Dragon lagi cantik dan seksi dari anda semua.
13. Glitter, trend mekap untuk tahun 2017.
14. Evil look.
15. Sebelah hitam, sebelah putih. Why not?
16. Gaya rambut ini jadi viral kerana ianya seakan sushi.
17. Warna rambut ala rumput pun nampak comel.
18. Fesyen gipsy.
19. Fashionable chef.
20. Rambut kerinting kusut-masai #iwokeuplikethis.
21. Gaya afrika tribal?
22. Kalau artis Malaysia mesti dikritik sebab pakai selekeh macam ini. Tapi untuk GD, nampak perfect!
Sangat pelik bukan? Tapi itulah G-Dragon!