Cuaca di luar yang panas terik, matahari betul-betul terpacak atas kepala menyebabkan anda sanggup terperap di dalam rumah.
Erti kata lain, siapa yang ingin keluar bila cuaca sedang panas terik, rasa pedih mata, muka kemerahan dan macam-macam lagi perkara tidak diingini akan berlaku. Perubahan yang terkumpul di dalam kulit ini menyebabkan kemunculan garis-garis halus, kulit kendur dan masalah penuaan lain.
Apa yang anda perlukan adalah perlindungan UV sepenuhnya untuk melindungi kulit daripada sinar UV – bukan sahaja UVA dan UVB, tetapi juga sinar UVA panjang* yang menyebabkan kerosakan jauh ke dalam kulit.
Seperti INFINITY PERFECT PROTECTION UV WHITE daripada KOSÉ, emulsi pencerahan pelindung matahari membantu membebaskan kulit daripada semua jenis kerosakan UV sementara memberikan tiga manfaat penjagaan dengan formula bahan-bahan aktif, iaitu kombinasi asli KOSÉ.
Pencerahan – INFINITY PERFECT PROTECTION UV WHITE dirumus dengan asid amino – asid tranexamic – untuk mengawal penghasilan melanin yang dirembeskan daripada keratinosit. Ia menghalang sinar UVB yang menyebabkan selaran matahari dengan perlindungan SPF50+, menjadikan kulit lebih cerah dan putih.
Anti-Penuaan – Ekstrak Daun Alpinia Speciosa menghalang aktiviti enzim yang mengurangkan kolagen akibat pendedahan UVA. Ekstrak ini menghasil dan menggalakkan pengeluaran kolagen untuk melindungi tona dan keanjalan kulit, sementara perlindungan PA++++ menghalang sinaran UVA dan UVA panjang yang menyebabkan penuaan foto.
Tekstur Kulit – Derivatif Vitamin E berfungsi sebagai antioksidan untuk menggalakkan pengedaran, menghalang kulit kasar dan merekah. Derivatif Asid Glycyrrhetinic memberi kesan anti-radang untuk mencegah keradangan kulit, ruam dan jerawat, manakala ectoine dan skualena melembapkan kulit untuk membaiki, melindungi dan melembutkannya.
INFINITY PERFECT PROTECTION UV WHITE mudah dioles pada kulit, menjadikannya lebih gebu, lembap dan tahan kering.
INFINITY PERFECT PROTECTION UV WHITE dijual pada harga RM145, dan boleh didapati disemua kaunter KOSÉ.